Monday, April 6, 2009

kunci hidup 05

aku x pandai bt blog..bila dah ade blog, aku main hentam je..kata2 aku adalah dari aku..pengalaman aku..bknnya dari orng lain..kolej aku br lepas buat tbgl..slh satu program bsar kolej..aku pergi lambat..program tu start 27-29..tapi aku pergi 28 malam..sbb aku ade moot trial..xtau nak crt pasal ape..pasal moot trial ke pasal tbgl???..tapi dalam kedua-dua hal ni..bt aku terharu dgn kawan2 aku..syajana, ciah,min,firdaus,hafizuddin..mereka ni smua banyak giler tlong aku..korang pernah x dialami dengan satu mslah yang besar..aku sll kene..bkn sbb aku suka cari masalah tapi sbb aku x pandai selesai masalah..dan kwn2 aku ni la yang btl2 tolong aku..tanpa mereka aku jadi bodoh, sengal dan x betul...aku rasa x cukup dengan ucapan trm kasih tapi ni yang aku mampu..

dkt tbgl..aku bljar bnyak perkara..tok sngat tegas, pejal sngat kering, mat leh sangat sengal..korang xkan tau semua ni kalau korang x jadi kwn baik diaorang..Rasulullah s.a.w pernah bersabda..kamu adalah siapa kwn2 kamu..ape yang aku faham ialah..bila kita berkawan dengan seseorang..personaliti kita akan tertonjol dengan sendiri..dan jika kita ikhlas berkawan..kita akan lihat diri kita pada kwn kita tu...untuk semua kwn2 ku..ats Tuhan yang sama ALLAH, dan dengan ape yang aku ade..aku betul2 berterima kasih dan maaf terhadap semua kslahan ku..

lupakan lah ego kita bila kita buat salah, buanglah ego kita bila kita tahu ego kita ni menyebabkan kita dijauhi..bercakap tentang ego, smua orang mempunyai level ego yang berlainan..dan aku pun xtau ego aku mcm mane..dan bkn kita yang menentukan tapi orang disekeliling kita..aku sll bergaduh dengn kwn2 aku..tapi bila fikir blk smuanya slh aku dan aku perlu mntk maaf..ni ape yang aku fkr..kalau aku x mntak maaf hbngan aku dengan kwn2 aku x berkmbang..tapi tajuk ego no agak bosan..sbb aku sndiri ssh nak terangkan dlm bntk perkataan..

pernah skali dengar satu tgran dari kawan aku yang telah lama meninggalkan aku.."fariz, kau ni nakal, agak kurang ajar, mulut xde insurans dan mcm2 lagi..dan smuanya adalah btl..tapi dia ckp...aku tetap anggap kau kwn aku sbb kau ade sifat yang aku suka..dan untuk tahu sifat tu aku perlu jadi kawan kau..dan bila aku dah tau aku x menyesal...dengan bacaan Al-Fatihah,aku sedekahkan tuk kwn aku ni..smg rohnya dicucuri rahmat dan ditmpatkan di tmpat orang2 yang beriman.

xkisahlah kamu ni ahli sunni ke sunnah ke, mazhab maner pun tapi akidah kamu tetap sama dan tuhan itu satu ALLAH S.W.T..setiap pergaulan mestilah disusuli dengan batas-batas..ia menjadikan satu perhubngan itu lebih indah...

1 comment:

  1. Aku xpandai nk komen byk2...tp kawan memang hebat..terima kasih sudi kawan dengan aku..

    Persahabatan ~ Khalil Gibran

    Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

    Dan dia menjawab:
    Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
    Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
    Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
    Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

    Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
    Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
    Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
    Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

    Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
    Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

    Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
    Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
    Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
    Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
    Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
    Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
    Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

    ~ Khalil Gibran

    ReplyDelete